Ayam masak lemak cili api resepi tanpa bawang

Ayam masak lemak cili api


Ayam-masak-lemak-cili-api-resepi-tanpa-bawang
Masak Lemak Cili Api

Kali ini admin akan berkongsi menu dari Negeri Sembilan, iaitu ayam masak lemak cili api. Resipi ini mudah sahaja tanpa menggunakan walau sebiji atau sejenis bawang, tapi rasanya sangat sedap. Ikuti langkah-langkah dan penyediaan bahan-bahan seperti berikut :

Bahan-bahan kisar kasar:


  • 15 biji cili api *untuk lebih pedas boleh ditambahkan lagi
  • 2 inci kunyit hidup


Bahan-bahan untuk masak lemak:


  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai, diketuk atau dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk santan pekat

1.  Ambil cili api dalam anggaran 15 biji dan buang tangkainya, jika ingin lebih pedas boleh lebihkan cili api. Resipi ini dianggakan untuk setengah ekor ayam. kisar cili tadi bersama 2 inci kunyit hidup. Wajib pakai kunyit hidup, Sebab kalau pakai kunyit serbuk rasanya akan jadi plain dan kurang beraroma. kisar kasar sahaja dan jangan terlalu halus.  

2.  Masukkan ketulan ayam dan masak dalam kuali tanpa minyak untuk kecutkan dan keluarkan air ayam supaya tak hanyir nanti. Kemudian masukkan pula bahan kisar tadi dan terus masak sampai ayam sedikit kecut. Masak sekali bersama Serai yang diketuk. 

3.  Keluarkan ayam dan masukkan pula santan cair dalam anggaran 1 mangkuk, jika menggunakan santan kotak masukkan dulu sedikit air. Iapi kalau nak rasa lebih asli dan sedap Gunakanlah santan segar.

4.  Masukkan juga daun kunyit yang dicarikkan bersama 1 Batang serai yang diketuk. Kalau dah masukkan serai waktu kecutkan ayam tadi tak perlu lagi masukkan pada langkah ini. kalau tidak mahu keluarkan ayam pun tak apa. Selain dari ayam Boleh juga kalau kita nak gantikan dengan daging salai untuk resipi masak lemak cili api ni. 

5.  Setelah kuah mendidih masukkan pula santan pekat, asam gelugur dan garam secukup rasa. Masak atas api yang perlahan dan kacau dengan kerap supaya santan tak berketul dan juga tidak pecah minyak. Kalau dah pecah minyak Nanti tak cantik pula kuah masak lemak kita. 

Hidangan ini sangat menyelerakan jika kita hidang bersama nasi putih, ikan masin, ulam-ulaman dan sambal belacan. Sekian resipi masak lemak cili api ayam.

Belum ada Komentar untuk "Ayam masak lemak cili api resepi tanpa bawang"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel