Resepi ayam masak asam pedas Johor
Asam Pedas Ayam Johor
![]() |
Asam pedas ayam |
Biarpun ramai antara kita yang mengenali masakan asam pedas adalah resepi popular yang berasal dari negeri Melaka, tetapi tidak memungkinkan juga setiap negeri di Malaysia ada keistimewaan dalam mengolah resepi masakan ini dengan mengikut citarasa dan cara mereka tersendiri di dalam penyediaan resepi popular ini. Pada kali ini admin akan berkongsikan resepi masakkan olahan dari negeri di selatan tanah air Johor, iaitu asam pedas ayam Johor. Tanpa berlengahkan masa mari kita terus saja melihat apakah bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak hidangan ini.
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk cili kering
- 1 mangkuk cili kering gemuk
- 1 inci halia dan kunyit
- 1 sudu lada hitam
- 1 biji bawang besar
- 2 sudu belacan
- 2 sudu asam jawa
- daun kesum
- 1 batang serai
- 1 sudu kecil garam dan serbuk perasa
- 1 ekor ayam
- 4 sudu besar minyak masak
- 6 ulas bawang putih
Kisar cili kering, cili kering gemuk, bawang putih, bawang besar, belacan, halia, kunyit, lada hitam dan masukkan sedikit air. Kisar kesemua bahan-bahan tersebut sehingga halus.
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak, kemudian masukkan Serai yang telah diketuk.
2. Tumis sehingga naik bau
3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan daun kesum serta masukkan air dan gaul hingga sebati
5. Bolak balik ayam supaya ianya masak dengan sempurna
6. Kemudian masukkan air asam jawa juga sedikit air mengikut tahap kepekatan atau citarasa anda
7. Biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan garam dan serbuk perasa kacau hingga sebati
8. Biarkan sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan
Selamat mencuba dan memasak.
Belum ada Komentar untuk "Resepi ayam masak asam pedas Johor"
Catat Ulasan