Ayam masak merah resepi mudah dan ringkas

Ayam masak merah mudah dan ringkas


Ayam-masak-merah-resepi-mudah-dan-ringkas
Ayam masak merah 


Pada pertemuan kali ini admin ingin kongsikan cara untuk menyediakan satu menu istimewa iaitu ayam masak merah mudah dan ringkas. Disamping itu juga admin akan memberikan tips juga petua untuk memasak resepi disepanjang penyediaan masakan ini jadi, pastikan anda teruskan mengikuti.

Bahan - bahan kisar halus:



  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 20 biji cili kering (kurang atau lebihkan mengikut citarasa tahap kepedasan)


Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah:



  • 1/2 biji bawang merah, hiris nipis untuk tumisan
  • minyak masak
  • 1 ekor ayam
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit
  • 3-4 tangkai daun kari
  • gula melaka 
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang, hiris membulat
  • hiaskan dengan hirisan daun bawang dan cili merah


Petua pertama adalah, bahan-bahan yang  digunakan hendaklah segar supaya rasa kuah lebih enak.

Cara-cara


1.  Hiris atau potongkan bahan-bahan seperti halia bawang merah, lengkuas, bawang putih, serai dan bawang besar dan kisar bersama dengan cili kering sehingga halus.

Petua kedua, bagi mengeluarkan rasa masam dalam masakan, resepi ini tidak menggunakan sos tomato tetapi menggunakan asam jawa kerana rasa masam akan datang secara asli daripada air pati asam jawa. 

2.  Seterusnya panaskan minyak dan kemudian kita goreng ayam separuh masak bersama sedikit campuran garam dan serbuk kunyit. Kemudian setelah separa masak, angkat ayam tadi dan ketepikan buat seketika.

Minyak lebihan goreng ayam tadi kita gunakan semula tetapi keluarkan sedikit jika minyak terlalu banyak. 

3.  Tumis bawang besar kemudian masukkan beberapa tangkai daun kari kerana daun kari akan memberikan aroma yang sangat harum kepada masakan. Lalu kita masukkan bahan-bahan kisar tadi, tumis dan kacau perlahan-lahan sehingga sambal masak dan pecah minyak pecah minyak.

Petua ketiga, tumis dengan menggunakan hirisan bawang besar kerana ianya akan memberikan rasa manis dan menambahkan lagi kesedapan kuah dalam masakan ayam masak merah.

Maksud pecah minyak adalah, ketika minyak sudah kelihatan terapung di tepi atau permukaan tumisan bermaksud sambal sudah masak dengan sempurna.

4.  Seterusnya masukkan gula melaka ke dalam sambal mengikut citarasa. Petua keempat, untuk mewujudkan rasa manis asli, gunakan gula melaka kerana rasanya lebih sedap berbanding jika menggunakan gula putih biasa.

5.   Masukkan 3 sudu besar sos tiram bersama ayam yang digoreng tadi beserta sedikit serbuk perasa (maggi cukup rasa) secukupnya dan air asam jawa.

6. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa kemudian masukkan hirisan bawang besar yang telah dihiris bulat. Kacau apabila bawang sudahdah mulai layu kemudian terus matikan api kerana bawang ini akan berikan sedikit kerangupan apabila ia masak nanti.

Ayam masak merah sudah siap sedia untuk dihidang, Sekian untuk kali ini. Selamat mencuba.

Belum ada Komentar untuk "Ayam masak merah resepi mudah dan ringkas"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel